Beat Carnival kini tiba!
Senja melabuh tirai apabila muzik menerangi Solara dengan karnival seluruh peta.
[Solara: Beat Carnival]
Solara menerima sentuhan festival dengan lampu pentas, efek gelombang bunyi, bunga api Panther, dan unjuran DJ Alok gergasi. Ikut rentak muzik dan saksikan bagaimana ia mengubah pertempuran!
[Party Items]
Dance Grenade, Speaker Trampoline, kad skill khas Alok, dan item party lain kini memasuki medan pertempuran. Cari Panther Party Truck untuk meningkatkan aksi pertempuran dan kemeriahan pesta.
[Live Stream Stage]
Tonton live stream sebagai penonton. Lengkapkan tugasan untuk mendapatkan item sorakan, unlock progres event, dan tuntut ganjaran eksklusif. Raikan kemuncak acara bersama pemain lain di live chat!
Free Fire MAX direka khas untuk memberikan pengalaman Battle Royale premium. Nikmati pelbagai mod permainan menarik bersama pemain Free Fire lain melalui teknologi Firelink eksklusif. Rasai pertempuran seperti tak pernah sebelum ini dengan resolusi Ultra HD dan efek visual yang menakjubkan. Serang hendap, tembak tepat, bertahan hidup. Matlamatnya satu: jadi yang terakhir berdiri.
Free Fire MAX, Pertempuran Bergaya!
[Permainan pantas dan mendalam]
50 pemain terjun ke pulau terpencil tapi hanya seorang akan keluar sebagai juara. Dalam masa lebih kurang 10 minit, pemain akan berebut senjata dan bekalan serta menewaskan sesiapa sahaja yang menghalang. Berlindung, cari loot, bertempur dan bertahan hidup. Dengan grafik yang dipertingkat, pengalaman Battle Royale terasa jauh lebih imersif dari awal hingga akhir.
[Permainan sama, pengalaman lebih hebat]
Dengan grafik HD, efek khas yang lebih mantap dan permainan lebih lancar, Free Fire MAX menawarkan pengalaman bertahan hidup yang realistik untuk semua peminat Battle Royale.
[Skuad 4 orang dengan sembang suara dalam permainan]
Bentuk skuad sehingga 4 pemain dan berkomunikasi terus dari awal permainan. Pimpin rakan-rakan anda ke arah kemenangan dan jadilah pasukan terakhir yang kekal di puncak!
[Teknologi Firelink]
Dengan Firelink, anda boleh log masuk akaun Free Fire sedia ada dan terus bermain Free Fire MAX tanpa sebarang masalah. Kemajuan dan item anda diselaras secara masa nyata dalam kedua-dua aplikasi. Anda juga boleh bermain semua mod bersama pemain Free Fire serta Free Fire MAX tidak kira aplikasi mana yang mereka gunakan.
Dasar Privasi: https://sso.garena.com/html/pp_en.html
Terma Perkhidmatan: https://sso.garena.com/html/tos_en.html
[Hubungi Kami]
Khidmat Pelanggan: https://ffsupport.garena.com/hc/en-us
Dikemas kini pada
9 Jan 2026
Berbilang pemain berdaya saing